اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

PENGENALAN RAUDOH AL-QURAN

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Raudoh Al-Quran (RA) diberi nama semperna dengan sebuah tempat (taman) di Syurga Firdaus. RA merupakan sebuah taman untuk para akademik mendalami ilmu Al-Quran dan mengenal asas islam. Tujuan RA dibangunkan adalah untuk menyempurnakan amalan anak Adam apabila mati kelak.

Baginda Rasulullah S.A.W bersabda :-

Apabila seseorang anak Adam itu mati maka terputus segala amalannya melainkan daripada tiga sumber :

1. Sedekah yang berterusan pahalanya.

2. Ilmu yang diambil manfaatnya.

3. Anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan orang
tuanya.


AL - QURAN PENYULUH UMAT

Tuesday, March 13, 2012

BANJIR DI SEKOLAH RAUDOH AL-QURAN

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T....
Baru - baru ini sekolah telah dilanda bencana paling buruk sejak ditubuhkan,banjir besar telah berlaku dengan ketinggian paras kepala. Harta benda sekolah mengalami kerosakan. Kami amat berterima kasih kepada pelajar - pelajar,warden, ustaz, ustazah dan ibu bapa yang membantu menyelamatkan sekolah. 



Jika anda mahu membantu mengurangkan beban Sekolah Integrasi Raudoh Al-Quran sebuah sekolah swasta persendirian akibat kemusnahan banjir yang berlaku, boleh menderma kepada tabung bencana sekolah kami. Bantuan kewangan amat diperlukan oleh pihak sekolah. Bantuan daripada anda semua amat dihargai. Semoga dengan bantuan anda semua dapat mengurangkan beban sekolah. Derma boleh dihulurkan melalui akaun bank sekolah seperti yang tertera di laman sesawang ini atau hubungi Tuan Haji Abdul Rashid Abdul Wahab ditalian 013-2512810.

4 comments:

Raja muda pulau cendana said...

assalamualaikum,
saya ingin tanya mengenai kemasukan murid darjah empat ke Tahfiz Raudoh Quran.
1. apakah subjek yang diajarkan?. adakah subjek kerajaan turut diajar sekali?
2. masa pembelajaran dari pukul berapa hingga pukul berapa?.
3. berapakah yuran yang dikenakan dan berapa pula yuran bulanan? (KAlau duduk asrama berapakah bayarannya? )
4. ada tak pengangkutan disediakan untuk pelajar di duduk di sekitar sg besi.
sekian, terima kasih.
wassalam.

Raudoh Al - Quran said...

walaikumsalam,

tuan

1. Sila baca CERITA RAUDAH.

2. pelajar sek rendah yg ulang-alik belajar dr pukul 8.00 pg - 4.00 ptg.
manakala pelajar sek men duduk di asrama.

3.sila download pamplet tentang sekolah RA di laman ini atau hubungi terus Tuan Haji Abdul Rashid no seperti tertera di laman ini.

4. Pengangkutan hanya di sediakan di sekitar bt 11 ke batu 18 Hulu Langat dan sekitar Balakong sahaja.

terima kasih.

maz said...

salam tuan.
kalau anak tingkatan satu sekolah tahfiz lain, dan tingkatan 2 nanti nak masuk kesini boleh tak.macam mana caranya? t kasih.

Raudoh Al - Quran said...

Harap Maklum Bagi Sesi 2014 kami hanya menerima pelajar tadika, tahun 1 dan tingkatan 1 serta tingkatan 4(jika ada permintaan)

sekian, terima kasih.