اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

PENGENALAN RAUDOH AL-QURAN

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Raudoh Al-Quran (RA) diberi nama semperna dengan sebuah tempat (taman) di Syurga Firdaus. RA merupakan sebuah taman untuk para akademik mendalami ilmu Al-Quran dan mengenal asas islam. Tujuan RA dibangunkan adalah untuk menyempurnakan amalan anak Adam apabila mati kelak.

Baginda Rasulullah S.A.W bersabda :-

Apabila seseorang anak Adam itu mati maka terputus segala amalannya melainkan daripada tiga sumber :

1. Sedekah yang berterusan pahalanya.

2. Ilmu yang diambil manfaatnya.

3. Anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan orang
tuanya.


AL - QURAN PENYULUH UMAT

Thursday, May 26, 2011

SAMBUTAN HARI GURU RAUDOH AL - QURAN 2011


Tema sambutan Hari Guru Raudoh Al - Quran pada kali ini ialah Guru Penjana Generasi Al - Quran.Pada setiap kali sambutan Hari Guru, para pelajar akan mengadakan aktiviti khas untuk para ustaz dan ustazah Raudoh Al - Quran. Pada kali ini beberapa acara telah dianjurkan oleh pelajar - pelajar Raudoh Al - Quran bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama erat diantara guru - guru dan pelajar Raudoh. Tujuan para pelajar menganjurkan aktiviti ini pada setiap tahun adalah untuk mengenal ustaz dan ustazah mereka dengan lebih dekat lagi. Ini adalah sebahagian daripada aktiviti - aktiviti yang dianjurkan oleh para pelajar Raudoh dengan pemantauan ustaz dan ustazah Raudoh Al - Quran. Para Ustaz dan ustazah juga menerima hadiah daripada pelajar - pelajar.Ribuan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pelajar - pelajar yang memberikan hadiah semasa Hari Guru.

Ustazah - ustazah yang menjadi model pakaian rasmi Raudoh Al - Quran

Ucapan dan amanat daripada pengurus @ mudir Raudoh Al - Quran sempena Hari Guru

Paduan suara merdu ustaz - ustaz Raudoh


Guru Besar Raudoh(Cikgu Siti Aishah) menunjukkan bakat melontarkan bola boling daripada buah kelapa

Cikgu CT menunjukkan aksi membaling dengan penuh gaya tersendiri

Cikgu Syafiqah menunjukkan bola boling kampung daripada buah kelapa kering

Para ustaz dan ustazah sibuk memilih buah kelapa kering untuk dijadikan bola boling kampung

Persiapan permainan boling kampung oleh pelajar menengah

Ustaz - ustaz bermain kepitan kasih (piring kertas) dengan penuh semangat dan sporting

Acara terakhir : Balingan kasih
Semua guru bermain dengan penuh semangat





1 comments:

Raudoh Al - Quran said...

Terima kasih kepada para pelajar yang berusaha keras menjayakan sambutan hari guru pada kali ini.